Ni antara entri tertangguh.waktu ni la baru dapat nak update dalam blog..
Macam biasa aktiviti tahunan kami..mesti ada cuti2 Malaysia sambil jalan2 carik makan..kali ni decide pergi ke Cherating (lagi) sebelum balik raya haji ..sepatutnya nak bercuti ke pulau tapi sebab dah sarat sangat time ni dah 7 bulan lebih tak berani ambik risiko naik bot..
Start dengan perjalanan dari KL ke Kuantan..singgah bermalam di rumah adik ipar kat sana and malamnya enjoy the seafood kat Kuantan yang murah2.Esok pagi lepas breakfast dalam pukul 11 bertolak dari Kuantan ke Cherating.
Bila travel waktu siang..jenuh jugak melayan budak 2 orang ni dalam kereta.Kalau malam lebih senang sebab semua tido.
Yer..ni dah kali ke 2 stay kat Impiana Cherating..cuma rasa tahun ni macam dah nak run down tempat ni..but service masih lagi tip top.
Seaview from our room
Lepas check in dan rehat2 sekejap..misi mencarik makanan favourite bermula...kita mulakan dengan membeli sata dan keropok lekor dari restoran Aziz Satar tambah pulak dengan air kelapa muda fresh! Bawak balik bungkus untuk makan tepi pantai..
Cuaca petang tu pulak memang tak berapa panas..elok sangat nak ambik angin laut.
akif penggeli dengan pasir...so berkepit jela dengan mama duduk atas tikar.
Then sambung misi jalan2 carik makan lagi..mengandung kali ni teringin sangat nak makan lobster..nasib baik ada kawan blogger rekemen restoran intan seafood ni..tapi nak mencariknya mak aihh.3 kali sesat jugakla hahaha..mujur jumpe.Price kedai ni takde la mahal melampau..and masakan dia sedap.
The next day..lepas breakfast..layan swimming pool pulak..
Ni masuk pool pon taknak..ape yang ko takut dikk?? tengok anak orang kalau bawak masuk pool bukan main excited.
Husband sibok tanningkan badan tepi pool...while me enjoying foot massage in the room..hotel ni boleh panggilkan tukang urut untuk kite dan service dalam bilik sendiri..selesa sangat dapat urut kaki time ni..yela badan dah berat..kaki pon dah start membengkak..tak mahal pon..for about 1 hour service upah RM50..
Petang tu afif and daddy enjoy main layang2.
Oh ya hotel ni ada jugak provide aktiviti lepas anak turtle ke laut..seekor baby turtle 10 ringgit je.so kitrang adoptla 2 ekor untuk afif..saja nak bagi dia kenal and pegang rupa turtle..
Salah seekor baby turtle...comel sangat!
Malam tu kitorang ingat nak pusing2 jalan cari makan lagi tapi hujan agak lebat..so kitorang dinner je restoran yang dekat2 dengan hotel.nothing much nak cerita pon sebab food ok ok je.
The next morning lepas breakfast and last round afif main pasir tepi pantai..kitorang check out sambung perjalanan balik ke kuala berang pula..dalam perjalanan..singgah kedai tepi jalan beli keropok lekor..pisang salai n kuih akok
Rupa pisang salai..first time makan.sedapp!
Akok pandan beli dalam perjalanan kat dungun.
Seronok kalau berjalan ke pantai timur macam ni..memang puas makan dalam kereta je even afif pon dah pandai enjoy makanan2 terengganu ni hahaha..we should do it again next year..mungkin stay hotel lain pulak insyaAllah.
No comments:
Post a Comment