Showing posts with label Afif. Show all posts
Showing posts with label Afif. Show all posts

Friday, September 19, 2014

After 7 months..

Bismillahirrahmanirrahim...


Seriously yang sebenar-benarnya sangat rindu dengan blog sendiri..kadang2 kalau sempat bukak  tu dapat baca komen je..lepas tu bila nak start menaip je mula la ada yang melalak la..ade yang nak susu laa..bila time diorang tido pulak..masa tula sibok nak kemas2 rumah..terus tak jadi menaip,.tu yang blog bersawang selama 7 bulan ni hahaha

Jadual memang padat..rasa macam 24 jam tu kejap sangat..alih2 tengok dah hari esok huhu..

Rutin kerja macam biasa..bangun seawal 5.40 sebab nak kejar parking and pergi gym..tapi takdela bergym hari2..2-3 minggu kali seminggu je..kadang2 tak sempat sangat sekali je seminggu..lepas hanta no 2 dan 3 ke rumah babysitter memang terus ke gym..spend about 30-45 minutes sempatla buat kardio dan exercise yang lain..pastu by 8.30 nak kejar masuk opis..Adriana dah masuk 10 bulan..but i'm still tak dapat balik berat lama huhu so lepas raya hari tu kena serious balik pegi gym dan jaga makan.
Bekal breakfast untuk bawak pegi ofis..overnight oat yang saya prepare waktu malam..simpan dalam peti ais dan esok pagi boleh terus makan


Still in sales department so hmm meeting sana sini..juga masih setia usung breastpump kesana sini hahaha..stok susu sebenarnya ngam ngam je..sebab kuat jugak baby girl menyusu..bekalkan 6x3oz susu kat babysitter sehari dan confirm habis..bubur nasi pon bekalkan jugak..pon habis! tapi Alhamdulillah susu Adriana sentiasa cukup..dah anak no 3 ni konfiden sikit kot..takdela gelabah sgt stok susu berkurang.

my petite little girl

Balik dari kerja..saya kena pick up afif from school..kalau tak sempat..husband tapau je nasi ayam /sup untuk 2 orang anak bujang..if sempat saya masak la..sebab husband and me tak dinner nasi malam..either we eat salad..makan oat..buah ke..ye dua2 pon sibok nak diet hahaha..afif and akif walaupon beza 4 tahun tapi sebab akif badan besar so dah nampak macam beza setahun dua je...boleh tahan jugak kuat bergaduh budak berdua ni..kalau time baik siap peluk cium tapi sekejap jela kan...Adriana tukang gelak bile tengok abang bergaduh.

anak-anak bujang saya..pic ni mas raya hari tu

Oh ada yang tanya pasal tadika afif sekarang..real kids seksyen 9 kota damansara tu..Alhamdulillah setakat ni kami puas hati..afif dah boleh membaca dan mengira..his english pon better..takdela mcam tadika dulu..cantik dalam report card je tapi realitinya tak macam tu pon..atleast teacher real kids make effort jugak nak make sure afif boleh baca..sampai ke tulisan pon dia monitor..maybe sebab budak dalam satu kelas tak ramai so teacher memang fokus..we also paid extra class untuk afif..art class,agama class (mengaji) and cambridge english class...semua ni belah petang..overall kitorang puas hati eventhough kena bayar lebih sikit.

Okla got to go..next update tak tau lagi bila hahaha..struggle ni nak cari masa...oh ya probably lepas ni nak buat review sikit pasal breastpump.tunggu ok!




Friday, March 22, 2013

Random di hari Jumaat : Product Review


Banyak product baru yang saya try pakai...ada yang bertanya (kat instagram and tweeter) result lepas pakai..so senang citer kat blog la ek..so sume orang boleh baca.Ni review dah hati yang tulus ikhlas..takde dapat komisen ponn..

1. Virgin Coconut Oilt from Catalyst (pernah cerita kat blog dalam entri  VCO

My review : After sebulan lebih makan  (sebab makan skip2 tak ikut peraturan,sepatutnya makan 2 biji sehari..kadang2 saya makan 1 biji je sebab lupa)..kulit muka dah tak kusam tanpa mekap(ni suami dan ofismate yang komen)..tapak kaki saya yang kering dan pecah semakin pulih..jeragat beransur hilang..kulit lebih lembut..sebab puas hati,so saya repeat lagi order VCO ni..bende ni ialah supplement bukan ubat yer..




2. Colgate Optic White 

My review: Baru try 2 weeks..saja beli sebab ada promotion kat Guardian masa tu..memikirkan gigi yang dah start menguning sebab kuat minum coffee dan nescafe (nak buat cemane Akif kuat jaga malam so pagi2 sure mengantuk sangat)..saya takdela nampak banyak perubahan maybe sebab instruction suruh gosok gigi dgn Optic White setiap kali lepas makan tapi kalau office hour yang huru hara travel sana sini mane sempat nak buat camtu jadi gosok gigi pagi dengan malam jela...still continue using it sampai habis.


3. Sebamed Baby Liquid Cleanser and Lotion

My Review : Akif ada eczema so dia la pengguna setia bende ni sejak umur 5 bulan ( babysitter yang recommend) guna ni hari2 sebab nak avoid guna krim steroid yang klinik bagi tu (i read it's not good for long term and it is temporary solution je)..still continue beli dan guna untuk Akif sampai sekarang.



4.Wikki Stix - Wikki Stix are made of hand-knitting yarn enhanced with a microcrystalline food-grade, non-toxic wax, the kind used in bubble gum and lipstick. They do not contain latex, gluten, nor peanut or other nut oils or byproducts which makes them an ideal creative activity toy for children with allergies. more details go this website Wikki Stix

My review: Toy baru Afif..sesuai untuk budak yang tangan tak reti duduk diam..hasil kerja Afif kat bawah tu.Price agak mahal.untuk yang basic travel kit (ada 2 dozen stix) dah RM20++..






P/s: Sorry kalau info tak cukup..review secara berjemaah dan nak cepat sebenarnya

Sunday, November 18, 2012

Afif Legoland Adventure!

Assalamualaikum...

Tak sempat nak tunggu hujung bulan..tengah2 bulan dah jejakkan kaki kat sana..kami ke johor bukan semata2 nak ke Legoland je..kami bawak mak saya sekali yang berhajat nak ziarah kakak dia dan juga sorang mak sedara yang dah sebulan terlantar di hospital kat sana..jadi menyelam sambil minum air la ni.

Bertolak dari KL pukul 4.30 pagi..sampai di Pasir Gudang (rumah kakak mak) around 9 pg..lepak2 kejap..mandikan anak2..pukul 10pagi kami gerak ke Nusajaya..sesat barat kejap.. rupenye Legoland ni kat hujung2 Nusajaya..lepas tu signboard die nak dekat2 baru ada..sampai dah pukul 11 lebih..beratur lagi beli tiket pulak..punye la panjang q..tapi sebab kaunter banyak..so agak lajula..pukul 12 baru masuk.

Sebab ramai yang advise kata Legoland panas (terima kasih yang tinggalkan komen)..so saya tinggalkan Akif dengan mak saya..kesian pulak nak bawak si debab tu..die dahla tak tahan panas berlengas..mau mengamuk je nanti..actually saya mmg pernah jejak Nusajaya ni..sebab dulu penah ada projek kat sini..tapi tu 4-5 tahun lepas laa..tak sangka development kat situ agak lembab (sorry to say)..kalau tengok tak jauh beza keadaan dengan 4-5 tahun lepas.masih padang jarak padang tekukur lagi.

Do's and don'ts :

1. Pakai baju nipis dan yang serap peluh..kat sini panas berlengas..maybe sebab dekat dengan laut.
2. Kalau tak pakai kupon/voucher..better beli tiket online..kami dapat voucher free 1 adult 1 kid..sebab tu gigih beratur..kami ada 2 voucher jadi ajak adik bongsu saya sekali..jimat RM220.
 3. Bawak payung/stoller untuk budak kecik..memang Legoland sediakan stroller tapi kalau org ramai stroller pon tak cukup.
4. Baca arahan pada setiap entrance game..jangan nak marah2 staff Legoland tak tentu pasal sebab anak hangpa dah penat2 beratur lepas tu tak dapat main sebab tak cukup tinggi atau terlebih umur (banyak sangat drama mcm ni kat Legoland hari tu..memalukan ok!)
5.Most game kat Legoland ni start dengan ketinggian 100cm dan 120cm keatas..Afif ngam ngam 100cm..so dapatla main banyak game jugak.
6. Makanan dan minuman dalam Legoland adalah 4 kali ganda mahal..nasi ayam 5 ringgit boleh jadi 18 ringgit.dahla tak sedap!Next time bawak makanan sendiri jela yer.
7.Ramai yang bawak baby tp pada saya kalau ada option boleh tinggalkan baby better jangan bawak sebab panas sangat..tapi yang bagusnya Legoland ni banyak tempat berteduh dan tempat rehat..surau,toilet semua selesa dan bersih.

Beratus gamba ambik,,tapi upload sikit je..kang muntah plak orang tengok hahaha

 Afif paling excited bila sampai.
Tu kat belakang tu beratur nak beli tiket..
1st ride yang kami naik..setengah jam tunggu ni!siap dapat tengok drama free plak time beratur..ntah kerabat mana nak naik ride without queuing..kalau nak sangat dapat special treatment buatla proper way..ni mak bapak yang teman2 anak diorang beratur marahla..punyela sabar semua orang tunggu giliran masing2.tetiba ada orang potong q pulak.
 Happy daddy
 Legoland Express..pusing2 satu legoland city
Tak cukup tinggila nak oii...awak tu 100cm je..mak usu dengan daddy die la sakan main ni.
 Miniland
 Yang bes kat Legoland ni..ade banyak game boleh main 1 family contoh macam Rescue Academy..bersungguh daddy and afif pam air nak padamkan api.
Legocity Airport
 Beetle Bounce..suprisingly Afif tak takut la plak naik bende ni.

 Junior Driving School..Afif bawak Nissan Latio jugak hahaha
Keluar dari Legoland before 6pm..habis berlengas2 badan..dalam kereta semua pengsan..mama yang drive balik Pasir Gudang.

Walaupon panas berdenting kat sana..tapi game dia bes2..so definitely we will go again..tapi tungu Afif tinggi sikitla cecah 120cm hahaha..banyak game yang kitorang tak sempat nak explore sebab tengok ramai sangat orang beratur..so next time nak avoid pegi time cuti sekolah eventhough kami pergi ni hari Jumaat (bukan public holiday) tapi still ramai orang.


Monday, October 1, 2012

Supplements

Assalamualaikum...

I were a bit worried bila berat Afif turun lepas raya dari 13.4kg to 13.2 kg..umur dah nak masuk 4 tahun berat maintan 13kg.. jenuh bagi makan tapi takat tu jela jugak beratnya..tinggi bertambah which makes him look thinner..yela dah sampai nampak tulang selangka..tak ke risau..

Bukannye Afif tak makan lansung tapi portion yang dia makan tak memberansangkan sekarang..makan nasi dah la sangat slow..kunyah 44 kali dulu baru telan.  kalau suapkan die sejam la baru habis.kalau suruh makan sendiri lagila teruk adela 3 suap je kot masuk dlm mulut pastu kata dah kenyang..kalau bagi nugget/sosej semua tu lajula jugak makan tapi tak bolehla bagi selalu..fruits die still suke sebab tu kat rumah ni restock je fruits kalau habis especially mangga dan anggur..2 buah ni memang favourite dia.itu pon saya dah cuba variety kan makanan2 dia..masakkan pasta..kadang2 balik keje dah tak larat sgt nak masak belikan die wantan mee or kuey teow (ade 2 restoran cina muslim yang buat kuey teow tak pedas and not so oily) takut die dah bosan dengan nasi ayam..makan tu makan jugak but like I said earlier..portion yang dia makan tak banyak.

So lepas buat survey kat kawan2 dan google baca review semua..we decided to give Afif Pediasure as supplement.Ini  memang tujuan untuk naikkan berat..saya bancuhkan setiap pagi (ikut sukatan macam dekat tin) during breakfast and malam before dia tido.Afif still taking his breakfast,lunch,minum petang dan dinner macam biasa.

Mula2 risau jugak takut die taknak minum,tapi pujuk punya pujuk,puji2 sikit..haa habisla secawan..dah 5 hari minum setiap pagi dan malam..naik 100gram berat die..ni isi 1 tin Pediasure yang 900g tu dah tinggal separuh..1 tin cost us about RM 70++...hmm ni sebulan rasenye perlu beli atleast 3-4 tin..nak beli tin besar terus tak jumpa pulak yang perasa coklat..ade vanilla je..takpela untuk anak..nasib baik adik dia still fully breastfeed..so takde kos untuk susu.

Rumah kami penuh supplement..yang 2 besar tu supplement husband..kate nak dapat badan gedang kan..kena la minum supplement jugak haha..
kat luar tin pon ada sebut  "catch up growth"..harapnya berat afif naik banyak la dengan supplement ni.

p/s: mak2 mana yang bagi pediasure kat anak,does your child become hyperactive?afif macam susah nak tido bila minum ni sekarang..pukul 10 malam pon mata segar bugar ajak main.


Monday, September 24, 2012

Let's go to the zoo!

Sabtu lepas cuaca tak berapa panas..rase mcm bes pulak kalau bersiar2 kat luar..lagipon nak rasmikan stroller baru bebudak ni..ade plak orang hadiahkan stroller dan walker/rocker..ha jimat..dah takyah beli hehe..so pagi tu gerak la ke zoo negara..twit @azzamorro tanye tiket bape hinggit sebab ade baca kat blog die hari tu rasenye die pon baru je bawak anak2 ke zoo.

 anak2 excited dalam kereta..tengok afif pakaikan adik die spek itam.
 afif kalau bab bergaya sekarang serah kat die jela..
 sampai sana around 11 am..hehe bawak 2 stroller (yg hitam tu yg baru) sebab plan nak jalan je all the way dalam zoo..sebelum ni pernah pegi jugak tapi kitorg naik tram tu.
 tiket for adult RM20 (dgn mykad),kanak-kanak 3-11 tahun RM6
 Kitorang pergi hampir tempat except bird park dan taman rama-rama..tak masuk sebab tempat lembab dan takut hama2 burung tu melekat pulak kat budak2 ni especially akif..



Akif behave je all the way,melalak sekejap sbb nak susu tapi bekal EBM dah sesiap bawak.

Kitorang pusing satu zoo ambil masa dalam sejam setengah jugak..lenguh gakla kaki ni jalan..tp oklaa cuaca tak berapa panas..redup je  hari tu..

Time balik kena plak time lunch so singgah Taman Melawati tapau nasi ayam sedap..

Next time boleh plan lagi bawak anak2 kluar jalan2 macam ni..suprisingly afif lebih behave bawak tempat mcm ni dari bawak die ke shopping mall.



Friday, March 23, 2012

28 weeks and abang afif

Salam Jumaat..waahh rase minggu ni sangat pantas..tetiba dah sampai Jumaat..tapi elok jugak takdela rase slow sangat nak tunggu masa sampai due date kan..banyak keje yang saya perlu kejar sebelum bersalin..atleast kalau dapat meet sales target lebih separuh bulan 6 ni rase lega la skit..now saya kluarkan je proposal byk2...hanta selagi boleh hahaha macam nila kje orang sales yer..macam kerja sendiri la..nak rehat2 tu boleh tapi make sure target kena achieve dulu kalau tak nanti time komisen nganga la tengok orang lain dapat banyak..awak tak dapat huhu.

Now i'm at 28 weeks...maksudnye dah masuk 7 bulan!hoayehhh!!
selera makan macam tak surut2..tapi takleh sumbat banyak2 mesti rase macam nak terkeluar balik..so kontrol la jugak kan..plus gynae dah bising suruh kawal makan sebab berat saya tiap kali jumpa die naik banyak..orang lain sebulan naik 1/2 kg..saya sebulan naik 3kg! huahuahua...latest berat saya mase checkup isnin lepas ,72 kg..ok kunun2 hajat dihati takmo lebih dari 75kg bila bersalin..agak2 mampu ke weii..ade lagi 3bln lak tu huhu..

Abang afif (die dah start panggil diri dia abang kadang2 haha) plak now makin sensitif dengan saya..dengan daddy die takdela sangat..kena marah skit dengan saya mula meraung mintak tolong daddy die..sikit2 nak daddy..sikit2 nak daddy..tapi bile nak tido pandaila plak peluk kaki atau tangan mama..nak gak menyelit kat mama.

Afif now dah masuk 3 tahun 3 bulan lebih..dah tak pakai pampers lansung and dah tak minum susu formula..botol memang dah lama tak hisap..rase macam cepatnya besar anak bujang saya..bila saya bagitahu orang anak saya dah tak minum susu formula ade jugak yang komen kata eh boleh ke stopkan susu ? dan compare anak dia sebaya afif yang minum susu pagi+petang+ malam ikut jadual (dah mcm jadual makan lak) ....FYI, saya tak stop kan pon..stok susu S26 dia ada lagi kat umah tak bukak2 lagi tapi dia sendiri taknak minum dah..tapi bagi saya takdela risau pon dia tak minum susu formula sebab:

1. Afif bukan jenis memilih makanan.Sayur,ayam,ikan,daging semua dia bedal..makan pon tak pernah lak miss..sarapan,brunch,lunch,dinner semua makan..kalau lambat skit mulut die bisingla cakap lapa nak nasik.

macaroni sup+ayam+carrot..makanan simple camni pon die belasah je sampai habis

2. Susu masih juga minum hari2 tapi bukan susu formula la..dia minum susu dutch lady dalam kotak tu..memang wajib hari2 minum sekotak.takyah suruh..dia ambik sendiri dalam peti ais.

bekal afif hari2 ke sekolah

3.Nak kata kurang kalsium..kalsium tak semestinya kena ambil dalam bentuk susu tepung kan? macam baru2 ni gynae bagi saya calcium dalam bentuk gula2..saya kongsi makan sehari satu biji dengan afif..dia ingat tu gula2 hahahaha..pagi2 umpan dia nak mandi dengan bende ni :P ..so lepas ni kena buat stokla gummy calcium ni.sedap weii!


baru dapat seminggu dah tinggal separuh sebab kongsi dengan afif..kena cari kat farmasi lagi ni.

Cal-D..combination of Calcium and Vit D

Ada tak anak korang yang macam afif? dah reject susu formula umur 3 tahun..selalu dengar budak suka hisap susu sampai susah nak berhenti..tapi afif reject sendiri.Should i be worry?


Monday, March 19, 2012

Semua dalam satu

Assalammualaikum..

Fuuh!lama gile tak update blog ni..tiap kali bukak blog dan nak update terus terkenangkan kerja lain yang lebih penting..so tutup la balik..so ni pon saya sempat update on weekend je kat rumah.

Nak dekat 3 minggu tak update so mestila byk citer kan..jadi saya ringkaskan jela dalam satu entry yer..haha sebab tu tajuk pon jadi semua dalam satu..gile pemalas la tuan blog ni.

1. I'm approaching 7 months this week..alhamdulillah,setakat ni everything normal cuma badan sedikit cepat rase letih..perut dah makin besar dan berat saya bertambah2 memandangkan selera makan mmg tak pernah nak surut :P...adik afif dalam perut adalah sangat aktif..kalau tendang bukan main skit2..memang boleh terperanjat la mama die kalau time tu tgh tido pon.barang2 preparation untuk mama berpantang dah start beli..barang2 baby je belom lagi..next month akan beli all out sempena bonus haha malas nak kuar beli skit2..

kali ni nak try postnatal care tanamera..tapi set die tak berapa lengkap..so kena topup dengan nona roguy juga nanti,,

2. Alhamdulillah rezeki kami bertambah2..saya dapat promotion naik pangkat baru2 ni dari assistant manager ke manager..hehe twitter friends ramai yang dah tau sebab saya selalu update kat sana..ada a few stage yang saya kena lepas dulu sebelum layak naik..syukur sangat2 segalanye dipermudahkan dan semuanye cepat dan pantas plak tu..memang rezeki anak2 btul la..dan yang paling menggembirakan ialah promotion ni memang usaha bos saya sendiri untuk upgrade kotak saya tu..meaning semua kerja yang saya buat still the same cuma gaji dan benefit bertambah.

3. Daddy afif now tengah kemaruk nak masuk marathon.. die join Brooks Run last week held at bukit jalil.saya dan afif kena heret sekali kununye nak bagi sokongan padula and toksahla di tanya nombor berapa..yang pastinye beratus2 hahaaha..apape pon die cakap bes gile and i should join next time..yer la bang..tunggula saya habis beranak dulu apape pon..


daddy and his friend..rekod daddy untuk 10km ialah sejam 21 minit..okla tu..first time kan.

budak kena paksa bangun seawal 5 pagi..larian untuk 10km start kol 6.15 am tapi habis pon cepatla..kol 8 am kami dah balik.

4. Daddy afif plan nak masukkan anak die klas judo..saya rasa macam kecik sangat je afif nak masuk tapi biledah pergi lawat kelas judo comel plak tgk budak2 kecik baya afif yang dah start belajar martial art ni..so we decided akan enroll afif untuk kelas judo next week..mama takleh ade sama sebab anak saya ni kalau nampak mama die memang melekat jela..so first kelas nanti daddy afif jela pergi.then 2nd and 3rd memang tinggal je terus 2 jam kat situ..kelas judo ni dekat je ngan rumah..so okla kelas pon setiap ahad pagi je start kol 8.30am.

mula2 tak berani..diri tepi je..master tu ajak join tapi die taknak.
budak2 yang 2 orang tgh berlatih tu umur 4++.

kelas dah nak habis..afif dengan bangganye cakap kat budak2 tu "daddy korang takde,kite ada daddy"...ha sapelaaa ajar anak aku camni ni???siaplaa pasni die kena tinggal kat situ..die tak tau nasib die lagi hahaha

balik dari kelas judo pergi makan nasi dagang kat subang dulu then singgah barbershop nak gunting rambut afif..sekolah nak bukak balik kan..so rambut kena la baru juge.

5. Start minggu ni saya dah start dengan projek baru..projek la sangat hahaha..since perut dah besar and rasenye balik keje macam dah letih gile ok nak masak..tapi taknak makan luar/tapau sebab serius rase rugi lagipon bukan sedap sangat pon (chewaah mcm la saya masak sedap sgt tapi atleast sedapla kat tekak suami n anak hihi)..so saya plan masak byk2 sekali time weekend..atleast dapat cover 2-3 hari punye lauk sekali pon okla kan.

Hari ni saya start buat stok untuk 2 hari dulu..dah prepare siap 2 lauk ,singgang ikan merah dan juga ayam masak merah..sayur plak dah siap potong2 sume termasuk bawang..so balik keje tinggal masak sayur jela..nak sediakan byk2 alahai peti ais comel sangat..suami plak willing nak masakkan nasi time die rehat tengahhari (opis die dekat je ngan umah) ...memandangkan saya dah serius buat bende ni jadinya kami akan belila peti ais besar skit juga dlm masa terdekat..lagipon nanti nak simpan stok ebm lagi kan untuk anak no 2..so berbaloi la nak beli peti ais besar pon..
bekas hijau and biru tu lauk dah siap masak..sayur dlm bekas jernih dah siap potong.

Lega atleast dah takyah pk nak masak ape kan untuk 2 hari..balik keje tinggal heatkan dalam microwave dan dapur pon bertahan la lama sikit bersihnya hahaha..tak larat nak mop lantai dapur yang melekit tiap2 hari pas masak..yela saya pon bukan ada maid dan rasenye dengan syarat2 mengarut dari pihak indonesia pasal maid ni ade baiknye takyah ambik lansungla senang..jadi dengan cara ni harap2 saya dapat serve yang terbaik untuk my family..hehe bukan kpi kat opis je nak jaga..yang kat umah kena jaga jugak kan.....tapi saya pon bukannye superwoman,tak larat nak buat semua bende jugak nanti lagi2 dah anak 2..so memang ade plan nak hire weekend maid nanti..every week atau every 2 weeks tengok keadaan macammane.

hah banyak lagi nak citer tapi cukupla kot untuk entry ni..ni pon dah panjang gile cam karangan sekolah hahaha..

oh pada yang bertanya pasal kat mane nasi dagang sedap yang saya makan tu..nama kedainye selera terengganu kat fudkot ss19 subang jaya..ade time pagi je yer..dah masuk tghhari die tutup dah.

Friday, February 10, 2012

Afif- Potty train

Anak bujang dah masuk 3 tahun 2 bulan..Alhamdulillah now dah berjaya potty train afif..walaupon tak sepenuhnye..tapi part kencing tu dah lepas..cuma part poo poo jela bermasalah sikit..die prefer membuang mase kita pakaikan die pampers and sejak tak pakai pampers 2-3 hari ni (malam or even kluar pon tak pakai) die taknak membuang lansung!!

Semalam die mengadu sakit perut..then bile kita tanye nak yak (berak) ke? die kate takmo..then tanya nak pakai pampers ke? die takmo jugak..last2 lepas saya sapukan minyak angin terus die tertido.sian..

Mak2 sekalian yang ade experience macam ni ade tips tak?

Risau plak saya die dah tak membuang dah 3 hari..kat sekolah teacher tak ingat plak die ade poo poo ke tak tapi hari ni saya mintak teacher die monitor la..kalau takde jugak,memang balik nanti terus ke klinik.

anak bujang hensem bergaya nak pi birthday party kat futsal stadium..siap bawak bola sendiri.

Oh actually yang start potty kan afif ialah teacher die..n then bila saya tahu terus saya continue kat rumah..tak lama pon..dalam masa seminggu afif dah leh kencing sendiri kat toilet.

Maybe sebab afif dah paham bahasa..cume mula2 tu ade la 3-4 kali terbabas,..siap ade terbabas dalam kereta ok..jenuh saya bersihkan..tapi lepas tu dah ok..now kalau keluar pon bila die nak kencing dia akan cakap.

Mudah sebenarnye potty train anak ni tapi sangat2 perlukan kesabaran yang tahap dewa lagi2 saya mengandung manela larat nak angkat2 sangat..pastu bile die dah terbabas kenala mop lantai..anyhow..syukur,dah almost berjaya potty train afif cume part nak poo poo jela masalah sikit.

Me at 22 weeks

Wednesday, January 25, 2012

Afif after 1 month at CIC

Lama dah tertangguh nak cerita pasal perkembangan afif di sekolah..sangat busy sebelum cuti raya cina hari tu dengan nak kerja deadline tender..nak pi sales convention (bootcamp for sales team) pastu kejar siapkan order dan follow up project sebelum CNY..yelaa orang baru baik sakit..banyakla bende nak kena kejar..now baru rase mcm boleh bernafas sikit..sikit jela..sebab keje sentiasa menimbun sampai kiamat pon tak habis2 kan.

Ok enough about me and my work..Nak cerita pasal afif plak..Lepas sebulan hantar ke CIC kami tengok banyak perkembangan positif pada afif..happy sangat sebab rase berbaloi jugakla bayar 550 tiap2 bulan kat sekolah tu.

1. No more drama at school..cuma pagi2 kena make sure die mandi air suam2 (rumah takde heater so kena campurla air paip n air panas)..kalau jirus ngan air paip biasa memang melalak terus..and die boleh tido balik lepas mandi.

2. Teacher kata dah pandai berkawan..takdela asyik menyendeng kat teacher je mcm awal2 dulu.

3. Dah pandai baca doa makan..makin terang dan lancar and he is the one yang keep reminding us to baca doa setiap kali sebelum makan..kalau tak mak pak nye bismillah terus ngap hahahaha..kat bawah ni saya rakam afif tengah baca doa makan..sejukk ati tgk anak kecik2 dah pandai baca doa..husband siap impress lagi sebab tak percaya anak die 3 tahun 1 bulan dah pandai baca doa..die kecik2 tak pi tadika terus masuk sekolah.


4. Dah pandai ber'iqamat'..kalau tengok kami nak sembahyang..die yang qamat kan.

5. Sebutan2 seperti Alhamdulillah..Astaghfirullahhala'zim dah jadi kebiasaan pada afif..dalam kereta pon die berzikir..bila tengok mama nak marah and bertukar jadi raksaksa je cepat2 die zikir astaghfirullah.. terus mama bertukar balik jadi manusia hahaha.

6. Makan pon sekarang pandai habiskan sampai tak tinggal sebutir nasi pon dalam pinggan..memang licin!dan takdela slow sangat mcm dulu.

7. Teacher afif at school dah start potty train die..and saya memang kena bekalkan seluar lebih untuk afif..cuma saya je tak start lagi kat rumah..ingat 4 hari cuti nak buat juga tapi dah berjalan plak..tak berani la nak diaperless kan die tengah travel kan. weekend ni kena start dah nampaknye.

8. Afif still tak pandai mewarna dan menulis sangat...tapi saya tahu skill2 ni akan improve by them time dia membesar..alaa budak 3 tahun mewarna..memang lintang pukang la jadinya hahaha jadi mama la tukang tolong warna buku kerja sekolah afif :P

Mula2 dulu kami (daddy die yang lebih risau) agak tak berapa konfiden nak hanta afif ke sekolah awal2 ni sebab die kan lahir bulan Dec..walaupon tahun ni die 4 tahun tapi sebenarnye die baru je masuk 3 tahun and size die plak kecik compare dengan budak lain..tapi kami percaya..afif is just like us..a survivor! mama die pon december baby jugak..campak mana2 sure boleh hidup hahaha.

Kalau tengok afif sekarang memang banyak akal..mulut pon banyak juge..sekarang ni janganla nak bagi alasan bodoh2 k..die dah paham...semua bende kena explain kat die kenapa tak boleh itu..kenapa tak boleh ini...die akan accept kalau reason tu munasabah pada dia hahaha..kalau takat cakap tak boleh..memang tak jalan lerr.

I'm not sure about other CIC..tapi setakat ni kami happy dengan CIC branch KD (near masjid kuning tu)..kol 7pagi teacher memang dah start tunggu depan pagar and pickup your child dari dalam kereta..petang2 pon ramai teacher tunggu sampai semua budak balik..takdela kita risau bila tengok ramai pengasuh kan...if not mistaken saya kire hari tu ade 5 atau 6 teacher kat sekolah tu termasuk pengetua pon stay situ sampai petang.

Teacher2 yang ada pon friendly,kalau kite pesan contohnya,ade bekal dalam beg atau ade ubat yang kena bagi (afif kerap selsema plak sejak sekolah ni) memang diorang bagi la kat anak kita makan..and setakat ni takdela lagi barang afif yang hilang..towel,stokin,bekal ,botol air semua ada je time balik.

Walaupon yuran yang saya bayar dah include meal..tapi saya still bekalkan makanan untuk afif..kalau rajin saya buatla macaroni tuna die tu..kalau malas pagi2 saya gorengkan nugget atau sosej je sebab afif ni kuat makan skarang..so sementara selera die tengah naik ni biarla die makan banyak2..lagipon saya plak kerja balik tak menentu..kadang2 balik awal..kadang2 lambat..so kalau lambat pon takde risau sangatkan anak kita ade bekal makanan cukup.


Wednesday, January 11, 2012

Siri bercakap dengan afif #1

afif dah pandai cakap skang and petah pulak tu lagi2 sejak sekolah ni kan..kadang2 rase nak rakam je setiap ape yg kluar dari mulut die..


situasi 1: atas katil tgh golek2 dengan afif untuk tidokan die.sambil golek2 tu borak dengan afif sampai satu tahap die dah mengantuk.

mama:afif ,tadi naik moto dengan daddy bes ke?
afif:bess..

mama sambil2 layan twitter.

mama:afif ,hari ni ade belajar semayang ke?

afif:ade..hmm..(dah terpisat2 nak tido)

mama:afif citerla hari ni buat ape lagi?

afif: mama,senyapla..tido.

mama:....... (sentap )

selalu kitorg yang marah die kalau die bising atas katil time nak tido..now ,mama yang kena balik.


situasi 2: afif baru balik dari sekolah..mama kena tinggal kat rumah sebab kena bedrest..then daddy tinggal kami berdua sambung kerja.

afif:mama jangan nanes (nangis) tau.
mama: kenape?
afif: teacher ade.
mama:mane teacher ade kat sini.
afif: ni (sambil tunjuk diri sendiri).....daddy keje..afif keje..(ntah ape lagi die sambung ckp sorg2 sambil main lego)

ayat tu sebijik saya guna mase nak ingatkan die jangan nangis masa pergi sekolah..tapi bukan afifla yang keje..mama la yang keje..haihh anak aku..

Seronok k berborak dengan anak..hari2 skang ni tak saba tunggu die balik sekolah nak dengar die bercerita..


Thursday, January 5, 2012

About me,afif and adik


Selamat tahun baru! dah masuk hari ke 5 tahun 2012 baru nak ucap tahun baru hahaha..

Hati teringin sangat nak update blog tapi fizikal yang sakit tak mengizinkan saya duduk lama2..i'm bedresting now at home..doktor bagi MC 2weeks dan suruh bedrest je..Selasa lepas dah proceed checkup kat Tropicana Medical Center dan doktor pon tak dapat nak kenal pasti sakit apa sekarang sebab tak boleh nak x-ray.


So die boleh assume jela based on examination yang die buat..dan die kate maybe berkaitan dengan sendi dan tulang bukan nerve yang macam GP kata sebab tu kaki kanan jalan pon nampak dah tak betul..kadang2 saya tak boleh nak gerak lansung..sakit sangat jadi doktor suspect maybe bones and joint saya bengkak sebab tampung berat badan yang naik mendadak.

Sedih ok..tipula kalau kate tak sedih.. kadang2 menangis je kalau sorang2 kat rumah..rase down dan hopeless sangat..kaki takleh jalan..rase macam tempang padahal baru je baik dari mabuk dan boleh masak2 hari tu.baru semangat nak pegi opis dan jumpe client tapi yela ini semua dugaan mengandung dan saya harap semua ni ade hikmahnya.

Orang lain start tahun baru dengan berita gembira..tapi saya awal2 dah macam2..but i hope sakit ni tak lama dan cepatla baik..banyak bende saya kena kejar.Please pray for my fast recovery yer.Thanks.


On the other hand..anak sulung sudah start sekolah (last 2 weeks orientation je)..semalam tak dapat nak hanta die..hari ni gagahkan juga ikut daddy die hanta afif..hahaha tengok! die buat drama ok..pegang tangan daddy kuat2 taknak lepas..

teacher kata dia taknak berkawan sangat dengan budak2..nak kawan dengan teacher je..takpela pelan2..Saya tahu dia saje je tu..dulu mase hanta babysitter mula2 macam nila perangainya..lepas tu dah lama2..sampai nak tido sebut2 nama kawan2 yang ada kat rumah babysitter..rindula kunun.




Mase pergi jumpa pakar untuk kaki saya yang sakit tu..saya buat appointment dengan gynae sekali..muktamad la kali ni..nak bersalin kat Tropicana dengan Dr Noorfidak.taknak tukar2 dah..leceh plak nak ke SDMC tu..lagi satu nak tunggu dapat jumpa dr delailah punyala lama..huhu tak cukup sabar dan rase tak berbaloi bile kena bayar mahal2 (suspected that SDMC overcharged) dan kena tunggu sampai 2-3 jam.Dr Fidak pon ok juge..peramah dan saya selesa dengan dia..pernah consult dengan Dr Fidak dulu mase saya ada masalah period tak teratur..untuk sakit kaki saya ni die recommend makan fish oil..die kata manela tahu membantu..lagipon fish oil tu supplement dan tak berbahaya untuk pregnant lady kalau ambil 1-2 biji sehari.

fish oil(provas) lagi besar dari obimin..paling kanan tu kalsium.
Adik afif dah 16 weeks!Alhamdulillah semuanya nampak normal dan adik sihat..dah scan gender siap ok..and it's boboy lagii! hahahaha afif ade geng main basikal dan bola la pasni..mama gak takde kawan..takpela saya boleh demand jadi ratu dalam rumah hahaha.husband kate..alaa walaupon boy tapi anak lelaki ni la yang rapat dengan mama sebenarnye.

p/s: boleh tak afif takut tengok gamba scan ni..die kata hantu..sebab imej black n white tu kan..sabajelaa.


Awards ~~thank you!