Agaknye mcm ni la kan position baby sy skang...pg td pegi checkup lg ....hr ni checkup lame skit sbb dr buat CTG scan (sy dah tau nama alat lilit2 tu haha) utk check heartbeat baby n contraction ....everything normal dan still takde contraction lg...dr zul suruh saye tunggu jela sampai dtg tande2 nak bersalin...insyaAllah dah tak lame dah sbb baby saye dah turun sgt ke bawah (patutlaa makin hari makin kengkang saye jalan)..
Balik dr klinik sy saje surf2 dan jumpe satu portal yg bagus pasal kehamilan n kelahiran...Antara tanda2 kelahiran yg akan sy alami :
1. Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
2. Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
3. Pecah ketuban
Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat.
4. Blood Show
Lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
5. Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
So skang ni sy agak cuak dan sentiasa menunggu2 bile saye nak rase sakit bersalin ni haha..sy cube buat segala yg boleh utk cepatkan proses kelahiran baby sy...walaupon dah start cuti skang..kat rumah sy cube bergerak dgn sebyk yg mungkin dan mengemas ape yg patut..lgpon nnt nak duduk umah mak sy sbln utk berpantang (sedey plak nak tinggalkan umah lame2)...
Kepada kawan2 sy yg dok bertanye bile sy nak meletup hehe saba2 ek (sy sendiri pon sgt tak saba )...sy sure akan sms korg ok .. doakan segalanye normal dan baby sy sihat nnt ;)
p/s : tulis blog sambil layan separuh akhir muzik2 (balada)....
No comments:
Post a Comment