Friday, May 3, 2013

Mabuk dan mabuk lagi

Arghhh..dah 3 pregnancy semua pon mabuk..yang kali ke 3 lagi teruk..sampai warded masuk air huhu..merasa la kena drip air 2 hari kat wad..tak suke betul kena drip..rimas!

Now dah kat rumah..still mc..badan dah recover la sikit sebab saya paksa jugak makan..pastu muntah atau berjaya tahan nasibla..kadang2 ok..kadang2 muntah balik..tapi satu hari atleast mesti ada muntah la.

Penat tau muntah ni..rasa macam nak terkeluar semua organ dalam badan..huhu..

Tang tu saya leh tahan lagi..yang paling sedih sekarang..Akif pulak husband saya dah hanta balik terengganu..tokma sana jaga..before saya kena warded tu condition saya memang teruk sangat..sampai menggigil satu badan..air masak pon saya muntah balik.so anak2 memang terbiar la kan..kesian sangat akif.makan pon dah tak teratur.Afif okla lagi..die dah boleh manage diri sendiri..so bila tahu je kena warded..husband pon ajak adik saya dengan tunang dia temankan hanta akif balik terengganu..semalaman je diorang pergi..tak sampai 24 jam dah sampai kl balik..

Akif will be there  for 2 weeks..huhu hari2 teringatkan dia mesti saya nangis..sekarang ni pon dah bergenang air mata..tak pernah pisah dengan dia..ikutkan nak aje saya ambik flight balik terengganu sekarang tapi bila fikir..this is the best for us..saya pon dah memang kena bercerai susu dengan dia..breastfeeding buat saya bleeding..dah 2 weeks ada spotting and bile check air kencing memang ada darah..so it's not good for baby dalam perut sebab doktor kate breastfeeding dia keluarkan satu hormon yang mengecutkan rahim..so risaula jugak kan.kat sini saya cuba slow downkan direct feeding..dah campur pon dengan formula..tapi yela bila akif tengok mama dia..of course la die reject formula tu..yang lagi sedap ada depan mata.

Tu jela nak cerita..pagi2 camni dapatla saya buat keje rumah sikit..basuh baju..sidai..sapu sampah..kang dah masuk tengahhari..lembik.

Okla doakan mabuk saya cepat hilang yer..rindu sangat kat akif..nak cepat2 baik and then ambik dia semula balik sini.

p/s: thanks untuk comment2 sebelum ni..saya dah lama tak jenguk blog sendiri sejak mabuk ni.


Sunday, April 14, 2013

Diam-diam berisi la plak

Baru teringat dah lama sangat tak update blog bila adik ipar call tanya kenapa blog tak berupdate dah lama..hahaha ade gak orang tolong remindkan..memang saya bizi sikit 2-3 minggu lepas..sibok kira komisen tahun 2012..sibok dengan cari sales lagi..sibok dengan budak 2 orang tu lagi..ha balik rumah lepas masak dan setel ape yg patut terus tido..pengsan!

Tapi yang paling tak di sangka..dalam sibok2 tu plak..doktor sahkan saya pregnant lagi kali ke-3...mak aihh..menggigil gak lutut masa dengar result UPT..hahaha tapi lepas tarik nafas dalam2..fikir ni rezeki yang tak ternilai..saya rasa happy sangat...takut tu bukan ape..sebab perut baru lepas belah 10 bulan lepas..mau tak ngeri ke pk kena belah balik..

Hari Selasa ni baru nak jumpa gynae untuk check detail..

Budak 2 orang ni tak lama lagi dah nak jadi abang...


Mula2 rasa kesian sebab Akif baru 10 bulan dah nak dpt adik..tapi buat ape nak rasa kesian kan..die ada kawan main la nanti..the more the merrier! Saya still continue fully breastfeed Akif selama boleh..target paling kurang pon setahun..Akif ni jenis manja dan clingy..harapnya mabuk saya tak teruk sangat la kali ini.moga dipermudahkan.amin.

Patutla saya rasa nak mengemas rumah je 2-3 minggu ni..last week saya kemaskan bilik no 3 yang rupa stor tu bertukar jadi playroom budak2 ni..habis barang2 yang tak guna saya buang.

Husband pulak bile saya call bagitau..first thing dia cakap..haa ramainya anak saya..hahaha.dia orang paling seronok sebab dia memang suka budak2..

Tula kan..nampaknya kaedah family planning saya menggunkan breastfeeding nampaknya hany bertahan 9 bulan..kita hanya merancang..tuhan yang menentukan segalanya..harap segala dipermudakan.amin.

Friday, March 22, 2013

Random di hari Jumaat : Product Review


Banyak product baru yang saya try pakai...ada yang bertanya (kat instagram and tweeter) result lepas pakai..so senang citer kat blog la ek..so sume orang boleh baca.Ni review dah hati yang tulus ikhlas..takde dapat komisen ponn..

1. Virgin Coconut Oilt from Catalyst (pernah cerita kat blog dalam entri  VCO

My review : After sebulan lebih makan  (sebab makan skip2 tak ikut peraturan,sepatutnya makan 2 biji sehari..kadang2 saya makan 1 biji je sebab lupa)..kulit muka dah tak kusam tanpa mekap(ni suami dan ofismate yang komen)..tapak kaki saya yang kering dan pecah semakin pulih..jeragat beransur hilang..kulit lebih lembut..sebab puas hati,so saya repeat lagi order VCO ni..bende ni ialah supplement bukan ubat yer..




2. Colgate Optic White 

My review: Baru try 2 weeks..saja beli sebab ada promotion kat Guardian masa tu..memikirkan gigi yang dah start menguning sebab kuat minum coffee dan nescafe (nak buat cemane Akif kuat jaga malam so pagi2 sure mengantuk sangat)..saya takdela nampak banyak perubahan maybe sebab instruction suruh gosok gigi dgn Optic White setiap kali lepas makan tapi kalau office hour yang huru hara travel sana sini mane sempat nak buat camtu jadi gosok gigi pagi dengan malam jela...still continue using it sampai habis.


3. Sebamed Baby Liquid Cleanser and Lotion

My Review : Akif ada eczema so dia la pengguna setia bende ni sejak umur 5 bulan ( babysitter yang recommend) guna ni hari2 sebab nak avoid guna krim steroid yang klinik bagi tu (i read it's not good for long term and it is temporary solution je)..still continue beli dan guna untuk Akif sampai sekarang.



4.Wikki Stix - Wikki Stix are made of hand-knitting yarn enhanced with a microcrystalline food-grade, non-toxic wax, the kind used in bubble gum and lipstick. They do not contain latex, gluten, nor peanut or other nut oils or byproducts which makes them an ideal creative activity toy for children with allergies. more details go this website Wikki Stix

My review: Toy baru Afif..sesuai untuk budak yang tangan tak reti duduk diam..hasil kerja Afif kat bawah tu.Price agak mahal.untuk yang basic travel kit (ada 2 dozen stix) dah RM20++..






P/s: Sorry kalau info tak cukup..review secara berjemaah dan nak cepat sebenarnya

Tuesday, March 19, 2013

9 months #akif

Kesian Akif,,kalau dulu abang dia punya milestone every month mama update..Akif punya milestone dapat update 2 bulan sekali pon susah..

Now Akif dah 9 bulan..milestone Akif on track..rasanya lebih cepat sikit dah Afif dulu..tak kisah janji everything normal dan tak lari jauh sangat saya dah rasa sangat bersyukur.

1. Berat masa 8 bulan (timbang kat klinik) dah 9.6 kg..now 9 bulan rasanya dah cecah 10kg.
Nurse kata lepas ni dah tak boleh pakai penimbang ni..dah maximum dah tu..penimbang pon minta tolong hahaha
 Tak larat nak dukung Akif lama2 ..sampai senget2 badan saya.

2.Gigi belum tumbuh lagi..ni sama pesen macam abang afif jugak..gigi tumbuh lambat.


                               


 3. Gaya macam budak besar...padahal baru masuk 9 bulan..kuat marah orang..haha pembawakan masa mama mengandung dulu memang kuat marah. kalau dia nak something..dia main redah je.Abang afif banyak beralah..kadang2 abang afif yang kena cakar muka.

4. Berdiri dah pandai dan dah start berjalan sambil pegang sofa/almari ..cume tak konfiden lagi nak turun duduk sendiri lepas berdiri..so everytime nak duduk balik dia akan menangis hahaha.
Tolongla mama bawak saya kluar..hospital is so boooooringgggg

 5. Dah 3 kali warded sepanjang hidup 9 bulan ni..last sekali last week..demam panas sampai naik rashes..saya ingatkan demam campak..tapi paed kate result blood test tunjuk viral fever..hmm luckily takde ape sangat.warded pon semalaman je.


6. Akif jenis senang di bawa berjalan macam afif jugak..kalau die mengantuk (janji dah cukup susu) dia boleh tido je dalam stroller atau carseat.
7. Anak no 2 ni memang sangat manja dan clingy ke? Akif lagi dasyat dari abang dia..tahap super clingy..kalau mama takde depan mata..dia akan merangkak carik dari depan ke dapur sampai la ke dalam bilik..dia boleh main sorang2 as long nampak mama depan mata.

8. Masih lagi fully breastfeed eventhough stok susu dah tinggal nyawa2 ikan je hahaha...malas nak pk sangat pasal ni..saya continue je pam and make sure 1 hari mesti produce atleast 5 botol .

Mama,daddy and abang Afif love u soo much Akif !

Sunday, March 17, 2013

Huggies Dry Pants "Change for Better Convenience"

Ahad minggu lepas sempat juga kami menyinggah di Mydin USJ untuk attend 'Huggies Dry Pants " Change for Better Convenience " Roadshow...excited nak pergi event ni sebab Afif (dulu) dan Akif memang saya start pakaikan pampers jenis ini once diorang dah start merangkak..


Sebenarnya promosi dari Huggies seperti ini senang diketahui dengan mengikuti facebook Huggies Malaysia..banyak sebenarnya promosi dan contest yang Huggies anjurkan hampir setiap minggu.Tak rugi follow..


Sampai sahaja di sana dalam pukul 8 malam..register la dulu kan..sebenarnya excited nak masuk contest-contest yang ada..tapi kami sempat masuk 1 contest je..




 Antara performance yang ada..comel je budak-budak tu menari dengan Huggies Dry Pants

 jumpa Yana babyibu di sana..tengok kat belakang ramainya orang..masa ni tengah acara kemuncak penyampaian hadiah untuk contest "Cabaran 30 saat Huggies"


Akif join contest bergambar ni hehe..mudah sangat sebab Akif memang saya dah siap pakaikan pampers Huggies Dry Pants

Dapat goodies dan sempat beli Huggies Dry Pants dengan harga promosi..see tak rugi pergi event macam ni


Anak-anak saya sebenarnya memang pengguna Huggies Dry Pants once diorang dah start merangkak..Kenapa saya pilih Huggies Dry Pants?

  1. Mudah dan senang di pakai sesuai dengan Akif yang sekarang ni memang tengah lasak..sampai nak pakai pampers pon ambil masa yang lama..oleh itu saya decide "Tukar untuk lebih senang di pakai" kepada Huggies Dry Pants di mana sarungkan pampers Akif menjadi lebih mudah tak sampai 30 saat.

Tugas jadi lebih cepat dengan 3 langkah mudah "Koyak,Salin & Lepas" 

  2. Akif mempunyai kulit yang lebih sensitif (eczema) oleh itu saya semestinya perlu berhati-hati memilih pampers yang bersesuaian. 



Dengan ciri-ciri yang lengkap di bawah Huggies Dry Pants terbukti secara klinikal membantu mencegah ruam lampin dan memberi keselesaan kepada baby,


3. Akif baby yang aktif dan lasak..dengan peregang lembut di bahagian tepi Huggies Dry Pants memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa Akif sedang aktif bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran.Tambahan pula musim panas ni..saya memang suka pakai Akif Dry Pants sahaja dirumah dan Akif nampaknya sangat selesa begitu.



 Akif dan Huggies Dry Pants di mana sahaja dalam apa jua keadaan


Size XL untuk Akif...

Untuk dapatkan sampel percuma sila layari http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx

Cubalah!I'm sure mommy yang ada anak lasak dan aktif lebih gemar menggunakan Huggies Dry Pants ini.

Awards ~~thank you!