Thursday, February 25, 2010

Artis Malaysia tak layak digelar ikon..ape komen anda?

Last weekend saya terbaca dalam suratkhabar mengenai komen Wardina mengenai artis Malaysia..ape yang menariknye pasal statement Wardina ni??okla lebih senang copy paste je statement die tu kat sini yang saya ambik dr Mstar online.





BESAR tanggungjawab untuk bergelar ikon kerana masyarakat memandang ikon itu merupakan satu ikutan, inspirasi dan semangat yang positif.

Seperti yang ditegaskan oleh selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.

Ini kerana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi ikutan masyarakat, luah Wardina dengan nada sedih.

“Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Wardina akan memberikan seminar mengenai ‘Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ yang akan diadakan di KB Mall, Kelantan pada 14 Februari ini bersama selebriti TV9 Farah Adeeba dan novelis Ayat-Ayat Cinta Habiburrahman El- Shirazy.

Dalam ‘menghentam’ selebriti Malaysia, Wardina tidak menafikan ada di kalangan mereka yang bijak.

“Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai skil body language yang baik.

“Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga... sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh.

“Jadi, saya nasihat kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.

"Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,” jelas pengacara Malaysia Hari Ini itu.

Wardina berkata, tidak salah sekiranya selebriti tempatan mahu menjadikan kreativiti yang ditonjolkan oleh Hollywood.

“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini.

"Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,” ujarnya lagi.

Lantaran daripada itu, ibu kepada tiga orang anak ini meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat.

“Saya kasihan kepada industri apabila cerita sensasi lebih diangkat. Biarlah orang kata kenyataan saya ini pedas dan mencetuskan kontroversi.

“Saya nak semua orang berfikir untuk perbaiki diri dan banyak membaca. Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal. Popular itu ‘ok’ tapi akan hilang juga.

“Saya tak nak orang hormat saya sebab popular dan seksi tetapi siapa diri saya. Saya sentiasa mahu belajar kerana inginkan hidup yang lebih bermakna.

“Matlamat saya menjadi pengacara hanya untuk memberikan inspirasi kepada orang lain, bukannya memberikan hiburan yang melalaikan,” beritahunya yang akan tampil dengan dua buah buku tidak lama lagi.

Buku tersebut adalah buku cerita kanak-kanak dalam bahasa Melayu dan buku panduan ibu bapa untuk mengatasi masalah membesarkan anak-anak yang memfokuskan kepada pemakanan.

Selain sibuk membesarkan anak-anak, Wardina juga membahagikan masanya bagi mengikuti ijazah dalam bidang psikologi.


Bagi saya..saya sangat2 setuju dengan statement wardina ni sebab ..


1. yelaa die sendiri artis..die tahula ape sebenarnye terjadi di belakang tabir kan...sebab tu kalau saya berselisih dengan artis kat shopping complex pon saya pandang sebelah mata je..takde hape yang nak dikejarkan..tapi diorg plak sibok2 nyurukkan muka dengan pakai spek itam tebal hahaha lawak sey!sape nak kejar ko?nama ko pon aku tak tau k

2. kadang2 yang menyampahnye..berlakon cerita ape pon saya tak tahu..gossip je lebih!perasan popular.

3. suka bagi statement2 bodoh mcm orang tak skolah tu mmg selalu sgt..kadang2 malu mendengarnye.

4.kalau bab perangai lak..takde ape yg boleh dijadikan contoh..dalam tv yerla tudung litup pon boleh..kat luar??

yelaa bukan semua artis macam tu kan..ade je yang elok..but still ,saya memang tak galakkan adik2 saya atau anak2 saya nanti untuk sibok2 pasal artis ni..budak2 skang kalau sebut lagu ape je semua tahu nyanyi..cuba suruh cerita kat skolah belajar ape? ha tak pon suruh baca sifir..tergagap2 ok..so not good..pastu kalau suruh sebut nama pelajar AF pon ha kenal satu2! haihh ape nak jadi ntah..itu ke kebanggaan kite?

p/s:saya sendiri pon tentula ade artis2 yang saya suke contoh macam yuna..tapi saya rase kalau jumpe yuna tengah jalan pon takdela sampai nak pelok cium atau terjerit2 histeria ke..gile hape!

25 comments:

eiNa said...

saye pun respect sama ini wardina safiyah... =)

CuppyCakeMommy said...

btol2..i pun pernah jumpa siti masa shopping kat pavi..tapi takde lah nak g amik signature dia watsoeva..just tgk dr jauh je lah..
and i pun respect wardina..

~ As ~ said...

budak skrang mcm tulah..lagu semua hafal...suruh hafal ayat al-quran... huh!

Liz said...

so true! masa baca kenyataan wardina, mmg sy salute dia sbb berani! ye la, benda mcm ni boleh buat dia dibenci rakan artis yg lain. sampaikan ZZ pun suruh dia jaga mulut dia sendiri. wah wah, terasa ke kak?

tp mmg apa yg wardina ckp tu betul. budak sek ren pun dah sibuk2 nak jdkan artis tu ikon/idola. betul ckp awak. diorg lg hafal nama bebudak AF dan lagu2 kat radio drpd hafal sifir. budak darjah 4 x hafal sifir 3. saya pernah jumpa. so sad!

tu belum yg nak tiru cara artis berpakaian. kalau nak tiru wardina tu ok la jugak.

mummy_adam said...

sgt suka ngan statement wardina tu :)

Annasue'G said...

200% setuju dgn statement wardina. artis lain sepatutnye tak perlu sentap,ambik la sbgai teguran bg diorg sesama artis.

ezan said...

suka sgt ngan wardina sebab dia berani & x hipokrit even dia pun artis....

annapeje said...

anna pon sker dia juga sanggup berubah dlm sekelip mata dan x hipokrit...

Mamamarina said...

statement Wardina btull.. xde ape yg elok pon kat artis tu.. yg paling x tahan bile derang buat statement bodoh macam

"bukak tudung utk mencari rezeki" xde org tego..kalau ade pon.. ade effect ke.. kebal ke derang nih??

LIP (^_^) said...

since dah click masuk this blog..i pun nk tglkan jejak.as one of people who works very close to teenagers, i think that artis memang memberi pengaruh kepada remaja..betul la kata wardina.better jadikan tokoh2 lain sebagai ikon.

LIP (^_^) said...

since dah click masuk this blog..i pun nk tglkan jejak.as one of people who works very close to teenagers, i think that artis memang memberi pengaruh kepada remaja..betul la kata wardina.better jadikan tokoh2 lain sebagai ikon.

Watie Aziz said...

yup memang betul..artis nih memalukan jer especially bg yg tak sekolah tinggi tapi berangan nak jd diva tuh .. kalau nak perbaiki diri tuh kita respeklah ..ni masuk this industri ada agenda lain .. ntah hapa2 ntah ..

bawak cth buruk pada masyarakat, pakai baju macam org miskin "koyak" sana sini...memalukan jer ..

isabelle said...

apa agaknya komen artis lain berhubung statement wardina ni ye?
harus nye diorg cermin diri la sikit.

Unknown said...

wardina mmg bagus.very motherly and bijak jaga suami n anak2....klo tgk dia dulu mmg xsangka kan?btw, kids nowadays...haih...dah mcm artis2 hollywood...klo tgk talent shows tu ayoooo advance

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

bagi kita..memang pon sesiapa yang bernama artis tak layak jadi ikon..pilihlah Rasulullah S.A.W baru betul..haih..susah nak ubah mentaliti masyarakat.

eifa said...

betul2...sbb wardina penah jd artis seksi n dier dh membuat tranfomasi...yg len setakat duk meksi seksi tuh tklah nk berangan jd ikon2 ni...tk helok sungguh...

tp tklaa smue artis cemtuh...ade rgak artis berpelajaran tgi...tk men2 gosip....tp 10% jek kot

Hanz Jamaludin said...

memang agree ngan statement wardina ni..takder nak iyor2 ngan artist ni..tak amik pot pun dunia hiburan..just baca pastu dahlah..biarkan ajelah..artis antara yang menyerlah bab akhlah boleh dipuji pun boleh dibilang ngan beberapa jari jer...

fizamior said...

erm, setuju....
mmg x layak langsung...
most of them are shallow even yg popular or nama2 besar kt malaysia.. semuanya sama saje..

Sharinginfoz said...

rasanya ada kebenaran... tapi tak semuanya tak boleh jadi, kena tahu dan nilai le tak boleh ambil bulat2...

RM952 sekarang or RM1,000 tahun depan????

Apasal suka marah??

Unknown said...

I baca Pancaindera *kot*, Wardina memang berani..tak segan silu cerita macamana lifestyle dia sebelum bertudung dulu. And she is doing the right thing..ramai lagi orang2 lain kat Malaysia yang lagii layak digelar ikon. Tak boleh la sebab orang tu slalu keluar TV/entertainer/ramai fans, boleh dikategori kan sebagai ikon. They all pun kena faham dulu apa makna "ikon" and the responsibility that comes with it.

Lady of Leisure said...

i agree ngan wardina...
:)

Cikpid said...

Setuju sgt2 ngan Wardina nih..
Lagipon suke laa ngan wardina ni..sbb die educated and some more mmg mnjaga perwatakan as a muslim..

Tak mcm certain2 artis yg konon2 dh pakai tudung..tapi lps tu bukak.. haih..

Ade jugak yg buat statement bodoh
mmbuka tudung demi mncari rezeki..ape2 ntah

p!nkerton said...

aku rasa cara didikan parents pun mainkan peranan jugak. mcm aku mase sekolah rendah dulu penah beli urtv (sbb nak poster KRU engkauu hahaha) mak aku jumpe terus bebel2 & terus buang kat tong sampah hahaa. pastu tak penah beli dah hihihi

Mama Iman said...

Sangat setuju dengan kata-kata Wardina. Saya pelik sangat bila tgk anak2 skrg sukar membezakan yang baik dan buruk. Jadikan artis tak bermoral sebagai ikon dan idola mereka. Kecewa sangat2. Lepas tu bila jumpa artis mcm orang gila takde akal. Blh pula mereka ni terkinja2 beria nak amik gambar. Padahal kalau difikir2kan, artis tu manusia juga. Sama perwatakan dengan mereka. Barangkali kerana agenda tersembunyi yang cuba menaikkan taraf artis yang satu ketika dulu berada di bawah menjadikan manusia hilang akal. Takut jika kita tersalah langkah...

lets said...

salam..bagus Wardina..biar dorang rasa..klau dorang tak sedar gak...kita doakan dorang cepat2 sedar..

Awards ~~thank you!