Tuesday, December 14, 2010

Sampai umur berapa anak kena minum susu?

Saya ada satu kemusykilan..kot2 la ade yang boleh membantu..

sampai umur berapa anak kita kena minum susu formula?

Yang saya tahu susu ibu patut sampai 2 tahun..lepas tu dah boleh campur atau gantikan dengan formula milk..tapi sampai bile?

Saya tengok ade anak kawan yang sampai nak masuk 4 tahun pon masih lagi minum susu formula..

kalau di kire2 sebulan..afif minum susu s26 (nasib baik die pilih susu murah je) ,5 kotak x 21 ringgit= 105 ringgit
kalau 2 tahun mau nak dekat 2520 ringgit!!! banyakknyeeeee!! takleh bayang budak2 yang minum susu mahal macam isomil tu semua..kopakkkk duit.

ok ok saya bukanla nak berkire sangatkan..tapi serius memang terasa betul pengaliran duit kluar agak laju sejak afif minum formula.

susu satu hal....pampers lagi satu hal..dulu 2 peket besar pampers cap tesco dengan 1 peket huggies pants dah cukup sebulan..now kena double! pampers takleh pakai lebih 4 jam sebab dah berat dengan kencing afif.

So pada sapa2 yang plan nak BF kan anak tu memang saya sokong sangat2..expenses anak takdela terasa sangat compare dengan yang FM..plus dengan susu yang mahal2 tu semua still takleh nak compare khasiat die dengan susu ibu yang terbaik lagi FREE!

13 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kena beli CD laa pasni tapi nak membasuh tu malasnya.susu tu sebagai tambahan aku rasa, sebab ada budak jenis tak makan nasi.kalo tak, tadak zat mana laa aku rasa budak tu.anak aku yang kuat makan ni pun nak susu gak :p

yatie chomeyl said...

aah kan, i pun ada terfikir..nsb baik u dh tny dulu. ita tggu jwpn org lain la ye, i pun nak tahu gak

Izan Ishak said...

hi farah..

ini just opinion kak izan je from my own experience. sbnrnya susu formula tu baik untuk anak sampai dia besar. mcm anak2 ni dorg minum susu murah jugak dugro 1+. skrg 3 org... naufal plus twins dah minum susu yg sama je...dugro3+. selagi dorang nak minum mmg bagi jelah. cuma nak tukar ke minum dalam cawan jadi masalah skrg nih.

tapi kalau dah besar macam masuk sekolah rendah tu, boleh je gantikan dgn fresh milk ke apa...khasiat susu pun pnting utk tumbesaran anak2 kn~


**tp mmg tak boleh sangkal dgn susu ibu. mmg terbaek!

Normaliza said...

nak menyelit tanya kat sini boleh gak tak? mintak izin ye...

Boleh ke kalau susu formula tu dicampur sket dgn milo? anak saya minum campur susu formula biasa + perisa coklat. kalau ganti dgn milo ok ke?

yatie sawanila said...

anak i minum formula sampai 5 tahun then now minum fresh milk jer. sbb i malas nak bancuh susu ..bagus teruskan minum susu sampai besar ....

fizamior said...

sampai sekolah actually.

happy 2nd bday afif! xoxo

Liz Rohaizat said...

setahu saya la, susu adalah penting sebab ia salah satu sumber kalsium. tapi tak perlu beri susu formula kepada anak byk2 sebab selepas anak berusia 2 thn, hanya 2 gelas susu diperlukan setiap hari. lps 2 thn, nak bg susu yg dlm kotak tu pun takpe. ada pelbagai sumber kalsium yg boleh diperoleh dari makanan yg lain.

arin said...

arin kekecik minum susu botol sampai umur 10 tahun. susu dalam botol tau?hahahha..kawan dtg umah , sorokkan botol.

anak2 arin lak - yang 1st, will continue minum till dia sendiri taknak. coz dia culas makan. so , if susu pon diberhentikan cepat ( she is 4yrs old ) , and plus dia amat picky eater, kesian ke dia lak.

yang second - akan mencecah 2 yrs old jumaat ni and alhamdulillah fully bf dia till now. again, takkan berhentikan dia susu selagi dia sendiri taknak.

p!nkerton said...

aishhhh tu la, aku pun nak tau jugak sampai bile kan. athirah dah la nak minum isomil aje. kopakk okk ;p pastu same la bab pampers tu, takleh lama2 sbb macam nak 'pecah' dah tahan kencing dia yg banyak tu ;p

isabelle said...

kalo tgk susu di pasaran, ada 123 dan 456. so i guess smpi 6yrs la.
kalo benti awal pun, xde mslh.
mcm kita la..minum susu mmg bagus. kalo x minum, xdpt la khasiatnya

Drama Mama said...

farah, irfan dulu2 kitorangnya budget untuk susu sebulan dalam rm250. tu kira dalam pada dia dok minum susu tak mahal gak tu. then dalam umur dia 2.5 years, i started made him drink in water bottle, and then glass. so dia minum sehari sekali ja camtu...so teramat la save skang nih. haha!

tapi i make sure dia makan complete lah. kalau hari yang dia kurang makan, kasik minum susu lebih sikit.

kalau ada baby baru nanti, nak BF gak!!!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

zeta said...

wahh bagus..i pon dpt menumpang terima info ni..hihi..

LIP (^_^) said...

my view on this issue is kita jgn sekat waktu tuk bg anak susu..bagi sampai satu tempoh yg lama.my friend cerita anak dia bila reach 2 tahun dah stop bf. anak dia memang taknak langsung formula milk.so bila berhenti bf dia memang xminum susu lagi.now dia nmpk anak yg sorang ni la selalu cakap lenguh2 bila blk sekolah.she has 6 children.just yg sorang ni mcm ni.

Awards ~~thank you!