Monday, March 7, 2011

Resipi Macaroni goreng with tuna


Atas permintaan..hari ni saya sharekan resepi macaroni goreng with tuna yang selalu saya masak untuk afif..

Sangat simple and cepat di sediakan and anak pon boleh makan sendiri sebab bentuk macaroni tu seketul2 leh masuk dalam mulut die..dan kurangla bersepah atas lantai/meja lagipon makanan ni lagi berkhasiat dari fast food.Selamat mencuba!


Bahan2 utama:


1. Bawang putih dan merah secukupnye

2. Macaroni
3. Sos spagehetti.- tomata,basil and garlic (suka ati ni guna perasa ape)
4.Carrot di potong kecik2
5.Tuna dalam tin
6 Olive oil/minyak masak biasa
Cara2 memasak:
1. Rebus macaroni dan carrot (ikut berapa ramai nak makan)..kalau 1/2 budak je ..dalam secawan macaroni dah cukup.Rebus macaroni sehingga kembang dan kemudian toskan.
2.Tumis bawang putih dan merah yang sudah ditumbuk/blender bersama olive oil .
3.Masukkan sos spaghetti (kalau macaroni secawan- 3 sudu sos) dan tuna kedalam kuali.
4.Akhir skali masukkan macaroni dan carrot dan gaulkan bersama sos spaghetti dan tuna tadi.
p/s: jangan goreng lama sangat macaroni tu nanti cepat hitam..goreng dalam 2-3 minit dah cukup dan hidangkan.
p/p/s: kalau untuk orang dewasa..campurkan sedikit cili giling dalam tumisan.

6 comments:

Yatie said...

nampak menarik resepi ni... kena try nih

CHeeSYaNa said...

Thank, Farah!
Akan dipraktikkan :)

mrsharis said...

boleh try nih..tq farah

mummy_adam said...

menarik, thanks farah :)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

anak aku tak suka kalo buh sos tu, aku goreng biasa ajer macam goreng nasi goreng cina tu :) guna yang spiral tu..laju jugak my nuha makan :)

isabelle said...

dah lama x mkn tuna. alang2 ada resepi tuna, boleh la try nih.tq

Awards ~~thank you!