Thursday, July 23, 2009

Kurma dan labu~~

Sejak afif start makan solid food...dah banyak resepi baru yang saya cuba untuk menambahkan selera makannya...

yang terbaru....saya campurkan sedikit kurma dalam bubur nasi afif...dan hasilnyaa afif sangat berselera...selalunye bubur nasi yang saya buat akan habis separuh dan separuh lagi die buat sembur2 je..tapi bila dicampurkan dgn kurma..uishh semangkuk tu habis!

Hasil dari goggle 'an' saya jumpa beberapa info mengenari khasiat kurma untuk ibu dan baby..


  • Kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
  • Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.
  • Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.
  • Unsur zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.
  • Buah kurma juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma akan segera dibakar dan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
  • Berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah Dan Perundangan, menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
  • khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.
  • Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.



Mengenai labu pula...saya masih lagi ragu2 untuk berikan kepada afif..bbsitter afif tak galakkan saya bagi afif makan labu sbb katanye takut perut afif kembung nnt..

hmm sesiapa yang pernah berikan anak mereka labu tak?betul ke kembong?saya dah beli sebiji labu semalam..sbb plan separuh nak buat masak lemak labu for dinner and separuh lagi untuk bubur afif..

saya tgk labu ni byk khasiatnya...so saya memang nak sangat bagi afif try makan labu..

1 cup cooked Pumpkin contains:

Calcium - 37 mg
Carbohydrate - 12 gm
Dietary Fiber - 3 gm
Folate - 21 mcg
Iron - 1.4 mg
Magnesium - 22 mg
Niacin - 1 mg
Potassium - 564 mg
Protein - 2 grams
Selenium - 0.50 mg
Vitamin A - 2650 IU
Vitamin C - 12 mg
Vitamin E - 3 mg
Zinc - 1 mg
Calories - 49



22 comments:

yaya said...

aku sebenarnya bukan penggemar kurma tapi bile tau banyak kebaikan kurma masa dulu, aku paksa jolok kat mulut aku neh...

azzamoro said...

aku pun jenis yang tak makan kurma. tp prune aku makan. yang labu tuh aku pernah bagi kat anak aku. ok jerk. kat wholesomebabyfood pun selamba jerk bg resepi labu utk baby..:)

isabelle said...

amongst the fruit/vege i gave adam when introducing solid food to him is pumpkin.

syaratnya...kena masak smpi betul2 lembik, baru x kembung.

in the meantime, mcm biasa la...sapu gak la minyak telon, etc.


ish..terasa mcm nak masukkan blk adam dlm perut & mkn kurma byk2. biar dia penyabar skit, x mcm mama dia :P

Elyn said...

haah i pun nk try labu.... tp dgr org ckp labu angin@sejuk..... risau nk bg kat wafiq sbb wafiq jenis cepat kembung.

kalo afif bkn jenis gitu bule kot u try farah.....

yatie chomeyl said...

owh I x tahu pasal labu ni leh wat kembung perut ke x cuma i pon mcm pernah dgr org tua2 ckp labu ni "sejuk". try sikit2 dulu ok kot..

MeL said...

sy sukaaaa kurma, esp kurma nabi. juicy! erm i salu gk buat bubur cmapur labu tuk mika. mixkan dgn anything. ltk siket je. da try japanese sweet potatoes? afif mesti suka :)

lin said...

sya penah msk labu 2x je utk sara.xde pulak dia kembung.ok je..labu manis sedap..tryla.kurma pulak mmg sya selalu cmpur dlm bubur sara.bagus sebenarnye.utk ibu pn elok.bila puasa tu,x tersa sgt penat bila sahur mkn kurma.

mrsharis said...

farah,macamana nk bubuh kurma dlm bubur tuh?? share la resepi

Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" said...

jgn lupa, kurma juga tolong break down carbohydrate yg anak consume. so anak less risk nak develop diabetes bila dah tua. also help avoid obesity.

dr miya mula makan & until today, i akan add kurma dlm makanan dia. dulu bubur nasi blended with kurma & now oatmeal mix with nuts, raisin & chopped kurma.

ni semua yg rasulullah suruh amalkan utk anak yg tgh belajar.

labu is another fav miya. dulu time infant. labu blend dgn carrot & jagung. now dah toddler, labu, pasta & cheese pulak. selera buaya dia kalau serve labu..alhamdulillah tak kembung. mama dia aje yg kembung kalau makan labu ni.

Drama Mama said...

thanks! now i haf an idea what to cook for my son today, bubur kurma..hehe. about pumpkin tu, i bagi ja dulu, my MIL ada gak cakap takut kembung perut but alhamdulillah he's okie with it. perhaps bole try sikit2 dulu

Shahrul (Nama Sebenar) said...

kakFarah,
pasal kurma tu memang betul
anak akan jadi patient.
macam saya.
ops.
hahaha.
labu manis.
nyum3.
sedapnya.
hehehe.

bakewith~luv said...

hy dear
sy silent reader blog awak sblm ni
yes, saya dah lama bg anak bubur kurma n itu la memang favourite dia
labu lak, baru start bagi today, nmpk mcm dia suka..and sy add sikit serbuk ikan bilis (sikit jek)..nti b2byk hilang lak rasa manis labu tu..
cuba la..mesti baby suka..so far anak ok jek..xde kembung pon

Ummi Salsabila said...

kurma bagus tuk anak kite..
lgpun ia mknan sunnah :)
bgus afif sk mkn..
labu bgus gak..manis gak.
tryla tuk afif..
doa2 xkembong..

Intan said...

Arissa nye bubur mmg dari start buat intan campur kurma and kismis...tak pernah miss.

Labu pon pernah bagi gak but tak sllu lah...tak de lah pulak dia kembong :) Mmg kena masak sampai lembut gilerr....sodap.

Cikpid said...

aku selalu bg Afieq mkn labu...

n die ok jek x kembung perut...

hehhehehe..torailaa...

babycomel said...

antara peberet dish aina masa baby ialah:

karot+kurma
labu+pir

tryle mesti afif suke...hehe...

armouris said...

info tentang khasiat labu kat sini - Labu Kaya Khasiat

Jiji said...

Hadith ni hadith Maudhu' ( موضوع )

iaitu hadith rekaan.


"Sabda Rasulullah SAW mengenai hal yang sama iaitu: “Beri makan buah tamar kepada isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya, maka anak yang lahir akan menjadi seorang anak penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar.”

Hati-hati tau masa sebarkan hadth ni.

UmmiKhayra said...

Kurma memang bagus.. Saya memang suka sangat dengan kurma. Khayra pun awal2 makan, memang campur dengan kurma sikit. And memang dia suka. maybe sebab rasa dia yang manis2 tu.. Lagi satu raisin... Hehhehe

Memang kalau org dulu2 cakap, jangan bg labu tkt sakit perut. sebab angin.. Hehhehe saya bagi je sebab khasiat dia memang banyak.. tgk macam ok je lepas Khayra makan labu tu. :)

Farah said...

yaya:sampai begitu sekali??

azza:prune pon bagus jugak!elok elak sembelit hehe..

isabelle:oo sampai btul2 masak la ni..ok baikla!

elyn:maybe boleh try sikit dulu..afif pon cepat jugak kembong tu huhu..

yatie:aah btul org tua ckp labu ni sejuk..saya pon jarang2 makan..

Mel:haaa i tak reti cemane rupe japaneese sweet potato tu?? nak carik jugak nnt.

lin:hehe bln pose nak dekat ni..stok kurma kena sentiasa ade untuk bykkan susu :D

liya:nak resepi ke..nnt rajin kite buat ek

mama mia:very good info!!hehe resepi labu tu patut di cuba!

drama mama:hehe tryla buat bubur kurma tu! saya pon suke :D

shahrul:aminn harap2 bg die makan kurma byk2 leh jd penyabar sikit hahaha

bakewith luv:thanks for droppin by!boleh letak ek perasa sikit...hehe maybe boleh try nnt..thanks!!

US:aah harap2 tak kembung..

Intan:thanks for the tips!kena btul2 masak labu tu..

cikpid:bagussnye afieq!! suka makan labu ek..tula na toraila ni :D

babycomel:labu+pir?? waah yummy!!

armouris:thanks for the info!!

jiji:nasib baik ko bgtau ...byk tul kat internet aku jumpe hadith ni..

UK:aah kan rase kurma tu manis2 sbb tu baby suka..tula harap2 afif tak kembung makan labu.

adianiez AIDA said...

tiap pagi aida beri nurin jus kurma 2 sudu teh. kurma memang elok utk kesihatan. tu la makanan minda utk nurin.

shyad said...

farah, aku pun slalu msk labu utk qistina. fav dia labu ni. so far alhamdulillah xde pulak dia kembung perut ni. ko try la k? msk smp betul2 lembut. bukan kata ank je suka, silap2 ngn mak2 skali mkn! aku pon slalu gak curik2 mkn bubur qistina..hehhee

tp tak penah try kurma lagik la.. now qistina tak bape nk mkn bubur da, dia prefer mkn nasik yg a bit lembik.agak2 bole ke aku mix ngn kurma eyh?

Awards ~~thank you!